PENYELIDIK dan saintis Universiti New England, New South Wales,
Australia, tergamam sebaik melihat tengkorak dan tulang aneh yang
dijumpai tersembunyi di gua Liang Bua, Kepulauan Flores, pada 2003.
Dengan
penuh kehairanan, mereka membelek tengkorak misteri yang ditemui
bersama fosil tikus raksasa, komodo dan gajah kecil sepanjang kerja
arkeologi di gua itu. Ini kerana bentuk tengkorak itu sama seperti
tengkorak manusia moden tetapi saiznya lebih kecil.
Kajian
lanjut kemudian mendapati tengkorak dan tulang itu berasal daripada
manusia purba digelar ‘homo floresiensis’ yang wujud kira-kira 13,000
tahun lalu.
Seterusnya penemuan itu mengundang persoalan misteri
mengenai kemungkinan wujudnya pelbagai spesies manusia aneh pada zaman
dulu, yang bentuk fizikal mereka adalah berlainan sama sekali dengan
anatomi manusia moden (digelar homo sapiens) pada hari ini.
Sebenarnya,
tengkorak dan tulang homo floresiensis yang turut digelar ‘Hobbit’ itu
bukanlah laporan penemuan pertama membabitkan tengkorak dan kerangka
aneh yang dijumpai di seluruh dunia.