Keajaiban dunia adalah suatu karya yang sangat dashyat yang telah
diciptakn oleh suku-suku terdahulu yang mampu membuat suatu peradaban
dan mampu menciptkan bermacam-macam bangunan yang hampir sebagai
bangunan itu memiliki arsitektur yang baik dan juga kehebatan mereka
membangun suatu bangunan yang dikemudian hari telah menjadi keajaiban
dunia.
tujuh keajaiban yang telah diakui dunia .akan tergeser oleh beberpa
nominasi dari negara-negara lain yang mengajukan masing-masing daerah
(negara) mereka untuk menjadi nominasi atau bahkan menjadi anggota
sebagai predikat 7 keajaiban dunia.
nah sebelum itu juga kita perlu memperhatikan bagaiman keajaiabn dunia
yang dulu yang kesemuanya telah hancur terkecuali pyramid khufu,yang
masih bertahan.
Tujuh Keajaiban Dunia Purba:
1.Piramid Agung Giza,
2.Taman Tergantung Babylon,
3.Kuil Artemis,
4.Berhala Zeus di Olympia,
5. Makam Maussollos,
6.Patung Raksasa Rhodes
7.Rumah Api Iskandariah
Keterangan:
2.Taman Tergantung Babylon,
3.Kuil Artemis,
4.Berhala Zeus di Olympia,
5. Makam Maussollos,
6.Patung Raksasa Rhodes
7.Rumah Api Iskandariah
Keterangan:
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan
yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung
Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan
untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya
telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja
Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung
Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah
tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti
terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani
kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya
“tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas berandah atau
suatu teres.
Kuil Artemis (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin:
Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk
menyembah tuhan Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang
terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai
Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh
Herostratus.
Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu
Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani
“Di tangan kanannya, sebuah bentuk ‘Kemenangan’ yang dibuat daripada
gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan
keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal
dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya.” — Pausianas
si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).
Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan
sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi
Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria.
Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius.
Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni
pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh
Keajaiban Dunia.
Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM danberdiri selama 1,700
tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada
abad ke-14 dan ke-15.
Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang
melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu
sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos
antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban
Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan
diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini
musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan
sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos
berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya
dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi
ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah
menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
0 komentar:
Posting Komentar